Monday, 2 June 2014

iktibar pemergian Ahmad Ammar..

Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian . sekiranya Allah redha , sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu , maka itu tidak penting .
- Ahmad Ammar Ahmad Azam -



Ammar ialah suatu iktibar dan isyarat daripada Tuhan bahawa anak-anak muda usahlah mensia-siakan hidup mudanya. Ammar telah banyak mengisi dadanya dengan ilmu dan bukan perkara-perkara yang 'lagha'. Hidupnya cuma 20 tahun tetapi hidupnya telah memberi bekas kepada orang lain, ya, orang lain yang langsung tidak dikenali semasa hayatnya. Setiap orang perlulah mengambil posisi dakwah masing-masing kerana setiap seorang daripada umat Islam itu bertanggungjawab dalam misi dakwah dalam kapasiti yang tersendiri. Jika termampu, ambillah jalan yang pernah dirintis oleh Almarhum Ahmad Ammar. Jika tidak terdaya, lakukan sahaja dengan ikhlas tetapi dengan cara yang terbaik. .

Di sebalik semua manusia sibuk dengan dunia tetapi ada seorang anak muda yang baru berumur 20 tahun yang cintanya pada Allah melebihi cintanya pada dunia yang digelar sebagai "syahid yang tertangguh". Hari ini aku membaca tentang kisah Ammar dan aku sangat terkesan dengan kisah beliau. Walaupun pada usia muda masa hidup beliau tidak dikenali tetapi sesudah wafat namanya dikenali di serata dunia. Ahmad Ammar merupakan contoh terbaik untuk golongan muda contohi. Rindukan syahid. Teringat satu surah Ali-Imran ayat ke 169 yang menjelaskan "Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki."Sungguh mulia Ammar di sisi Allah.
    Kemudian aku terpandang akan diri aku sendiri. Ya Allah jauhnya aku dibandingkan dengan Ammar Ya Allah. Dari segi keripadian sahaja aku sudah jauh terpesong daripada landasan sebenar. Karak-karak jahiliah yang masih menembal dalam diri sahaja tidak mampu dikikis inikan pula hendak berjuang dalam dakwah dan mencegah amar makruh nahi mungkar seperti Ammar. Ammar tidak sesekali leka dengan dunia sebab dia tahu dunia ini sementara dan kepada Allah tempat kembali.
     Allah menegaskan dalam surah Ali-Imran ayat 185:
 "Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
     Allah menegaskan lagi dalam surah An-Nisa ayat 77:
"Kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa (mendapat pahala turut berperang) dan kamu tidak akan dizalimi sedikit 
 pun."
Aku teringin untuk mengikuti jejak langkah Ammar tetapi keperibadian ku perlu diperbaiki dahulu. Hubungan ku dengan Allah perlu aku perbaiki barulah aku mampu menjadi seperti Ammar. Ammar memang daripada keperibadian memang terserlah dan ibu nya sahaja berasa sejuk dengan keperibadian Ammar. 

     Aku berharap akan ada peluang pada diri aku untuk syahid di jalan Allah. Aku akan berubah mulai hari ini. Aku akan lupakan kecintaan aku pada dunia. Sekarang ini aku cuma berharap aku mampu menukar keperibadian ku menjadi keperibadian unggul dan mampu berubah dan kecintaan Ku hanyalah pada Allah dan akan aku penuhi setiap masa ku mengingati Allah. Apa-apa pun pekerjaan yang akan aku lakukan aku niatkan kerana Allah. Aku akan berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu berfikir adakah tindakan yang akan aku buat nanti mengundang murka Allah ataupun rahmat Allah. Aku bersyukur sebab Allah masih sayangkan aku dan masih memberi aku dan meminjamkan aku oksigen tanpa perlu membayarnya untuk bernafas. Allah yang Maha Baik, Maha Kaya, Maha Pengampun dan aku berharap dosa-dosa aku Allah akan ampunkan.. amin ya rabbal alamin....

Sunday, 1 June 2014

Srikandi : Saidatina Fatimah

 Subahanallahwalhamdulilah wa lailahaillallah Allahuakbar... 
-----------flashback-----------
## Satu Soalan dikemukan pada Ummu Zein binti al habib ali masyur ben hafidz: Siapakah yang melalui titian siratulmustaqim bersama Saidatina Fatimah Az-Zahrah kelak? Sedangkan beribu Bidadari akan mengiringinya tika melalui titian Sirat.... Tahukah kalian siapa Saidatina Fatimah Az- Zahrah? Dialah PENGHULU SYURGA... Subahannallah... Barakallahufik... Ummu zein kelihatan menarik mendengar soalan yang dikemukankan oleh para hadiri... Katanya penuh minat dan serius: Siapa ingin mengikuti Saidatina Fatimah Az-Zahrah melalui titian sirat kelak??? Ramai muslimah mengangkat tgn .... Subahannallah... Ummu Zein: Benar kalian mahu mengiringi Saidatina Fatimah? Yang mengikuti Saidatina Fatimah kelak ada lah orang yang MENCONTOHI Saidatina Fatimah Az- Zahrah... Jika lelaki akan mencontohi Nabi Muhammad saw... Jika wanita? Saidatina Fatimah Az- Zahrah lah yang kita ikut.. kerana dialah yang paling dekat dengan Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw bertanya kepada sahabatnya... APAKAH YANG BAIK UTK WANITA? Semua sahabatnya diam dan seperti tiada jawapan... Lalu Saidina Ali ra balik dan bertanya kepada Saidatina Fatimah Az-Zahrah. Saidatina Fatimah Az-Zahrah meminta izin suaminya utk keluar berjumpa Rasullulah saw.. Setelah sampai ke rumah, Rasulullah saw mengucup dahi anaknya Saidatina Fatimah Az-Zahrah . dan Saidatina Fatimah memberi jawapannya kepada Rasululah saw.. yaitu. Yang baik untuk Wanita ialah"Tidak Memandang dan dipandang" 
Subahannallah.. benarlah jawapan Saidatina Fatimah :)

~Kelak Saidatina Fatimah Az-Zahrah akan meniti titian siratul mustaqim dan diiringi oleh bidadari-bidadari syurga.Jadi siapakah turut mengikuti beliau? Jawab ummu zein. Yang mengikuti Saidatina Fatimah Az-Zahrah adalah wanita yang mencontohinya. Yakni menutupi aurat dengan sempurna dan muka(berniqab). Kelak Seluruh lelaki akan diminta untuk tunduk kerana Saidatina Fatimah Az-Zahrah hendak melalui titian siratul mustaqim. subahannallah.... Layakkah kita pendosa tanpa noktah? Beliau,Saidatina Fatimah Az-Zahrah sangatlah menjaga dirinya. Tiada siapa yang pernah melihat wajahnya selain Suaminya dan Mahramnya. Kerana menjaga dirinya... Setelah kewafatan baginda dia pernah meminta untuk menguburi jenazahnya pada waktu malam supaya tiada siapa boleh melihat wajah hatta susuk badannya. subahannallah... Dialah wanita dan org pertama yang diusung jenazahnya mengunakan keranda untuk menutupi jenazahnya. Masyaallah kagum dengn keperibadian Saidatina Fatimah Az-Zahrah menjaga dirinya... Insyaallah kita dapat mengikuti Saidatina Fatimah Az-Zahrah 

$$PERINGATAN$$

:::::titian siratul mustaqim = titian diakhirat kelak..dihadapannya Syurga dan dibawahnya Neraka. Besar titiansiratulmustaqim seurat rambut dibahagi 7. Masyaallah Tabaralkallah moga-moga ilmu ini dismpaikan dan disebarkan.. supaya kita menjadi wanita yang mengiringi Saidatina Fatimah Az-Zahrah meniti titian sirat kelak..Insyaallah penulisan ini juga asbab sy dikurangkan seksa azab kubur dan dipermudahkan untuk timbangan amalan diakhirat kelah Allahurabbi :"( 

:::::Saidatina Fatimah Az-zahrah bermaksud suci(Az-Zahrah) kerana dia mengambil masa suci cuma sehari selepas melahirkan anaknya ... Bersama Ummu Zein Binti Al Habib Ali Masyur Ben Hafidz. Pengetua Madrasah Darul Fiqih Tahrim, Anak kepada Mufti Tarim, Al Habib Ali Masyur bin Muhammad Ben Hafidz, Beliau mendapat pendidikan dari ayah,datuk beliau dan ulama' Tarim iaitu bapa saudaranya al Habib Umar Ben Hafidz. Seorang yang alim dan berpengetahuan luas dalambidang fiqh wanita, Menjadi rujukan wanita-wanita Tarim untuk masalah-masalah fiqh... 

---copy_paste dari sahabat ^_^~
salam ukhuwah ,
diana_nana =)
yang dekat itu matii.... 

Saturday, 31 May 2014

Sedikit Quotee..


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...
maybe kita pernah dengar kata-kata mcm ni sebelum ni.. tapi , 
pernahkan kita hayati nye ? 

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman...

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus Zulaikha?

Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Siti Hajar..
Dan mengapa didambakan teman sehidup bak Siti Khadijah kalau diri tidak sesempurna Rasulullah?

Aku bukan Sulaiman untuk mendapat permata Balqis.
Aku juga tidak sekacak Yusof untuk memperoleh cinta Zulaikha.
Setiaku tidak dapat menandingi Ibrahim, jauh sekali cinta Siti Hajar..
Dan.. Aku tidak mengharap teman hidup yang seindah Siti Khadijah serta semanja Siti Aisyah kerana diriku tidak sehebat Muhammad Ya Rasulullah.

#Jadi, terima lah seseorang itu apa dengan apa adanya dia. 
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Manusia tiada yg sempurna.. =') 
renung-renungkan.. dan , selamat beramal 

 Photo: Assalamualaikum & Selamat Pagi.
Allahumma Solli Ala Muhammad. 

Kem Cuti Sekolah bersama Ustaz Don Daniyal.
Zon Tengah, Utara, Timur & Selatan.
Maklumat lanjut sila klik link di bawah :
Sini >>>http://keminspirasikhalifah.blogspot.com/<<< Sini
salam sayang ;
diana_nana98
jaga iman , jaga hati , jaga akhalak :*

Saturday, 28 December 2013

Bersahabat satu nikmat..

Sahabat Jahiliyyah

Tidak lupa juga dalam jalan tarbiyah ini, akan muncul sahabat jahiliyyah. Ini bukan satu tuduhan. Tapi inilah realiti dan bukanlah dari kalangan orang biasa, tapi di kalangan akhwat sendiri. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, terlalu banyak isu yang akan muncul dalam perbualan mereka. Bukan yang dibualkan itu tentang movie, lagu, lelaki handsome atau macho, tapi berkisar tentang ketidakpuashatian dalam syuro atau liqo. Mereka melakukan syuro di luar syuro atau liqo di luar liqo. Mulalah mengumpat akhwat sana sini. Mempersolkan keputusan yang dirasakan tidak betul solusinya dan pengarahan yang tidak rasional. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, terlalu banyak juga buang masanya. Terlalu banyak keinginan-keinginan yang ingin dilakukan bersama. Seperti pergi ke tempat-tempat yang tidak perlu atau bergayut di telefon terlalu lama sehingga mengabaikan hak-hak akhwat atau mad'u lain yang perlu diberikan hak mereka. Malah yang lebih teruk, hak nya kepada Allah juga diabaikan. Mutabaah amalnya tidak terjaga. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, tidak boleh renggang walau sesaat. Tidak boleh jika akhwat rapat bersama akhwat/orang lain. Dihalangnya. Diugutnya. Dijadikan topik pergaduhan sehingga rajuknya lama. Tak bertegur sapanya lama hanya atas alasan perkara yang remeh temeh. Air matanya banyak berhabis untuk sahabat yang dicintainya.

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, mulalah syaitan menggoda dengan satu titik kelemahan mereka iaitu teringin disayangi dan menyayangi. Teringin dibelai dan bermanja-manja. Sehingga melakukan perbuatan terkutuk sepertimana yang dikatakan Ibn Qayyim dalam buku virus-virus ukhwah iaitu perbuatan kaum nabi Luth. Naudzubillahi minzalik. Sepertimana kata Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid hafizhahullah iaitu:

"Di antara bentuk-bentuk hubungan tersebut adalah hubungan maksiat di mana dua orang itu terikat hubungan maksiat sehingga keduanya menyaksikan hal-hal yang haram, menikmatinya, dan melakukannya secara bersama-sama."

Sahabat imaniyah

Bila kita merasai bersahabat kerana Allah, kita akan mampu membezakan bersahabat kerana Allah atau bersahabat kerana selain Allah seperti untuk memanfaatkan hartanya, kenderaannya, peneman bila berseorangan dan banyak lagi.

Jalan tarbiyah ini telah mengajarkan kita untuk bersahabat kerana Allah. Perkataan seperti "SSAKA", "Uhibbukifillah" dan "Sayang enti" kerap kali diucap di dalam mesej dan perbualan tanda kita memang mencintai akhwat kerana Allah. Saya yakin, sekecil atau sebesar manapun masalah akhwat seperti demam, masalah akademik, masalah mad'u atau parents tetap meraka merasakan merekalah bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Sehingga terpaksa dibincang dalam liqo atau musykilah demi untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Siapa lagi yang akan bersikap concern sebegitu melainkan akhwat kita.. ye, insan yang bergelar akhwat.

Sahabat memang satu nikmat yang indah. Sangat indah. Seperti ungkapan Umar r.a :

"Perjumpaan dengan kawan menghapus duka."

Tapi bila tujuannya untuk jahiliyyah dan berlebih-lebihan, maka, ia menjadi satu kenangan yang paling buruk dalam sejarah hidup. Yang takkan dilupakan. Yang akan menjadi kenangan pahit sampai bila-bila.
Jika kita ini ditanya bersahabat atas dasar apa, maka, semestinya, ada 2 pilihan sahaja yang kita boleh pilih..

Jahiliyyah atau imaniyah.. kerana Allah atau kerana dunia dan nafsu.

Semoga Allah sentiasa menjadi "guard" kita dalam kita bersahabat. Kita bersahabat kerana Allah bukan ber"sama" Allah.
InshaAllah..

#di'copy' dr sini

::Mutiara Harian::


Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

Friday, 27 December 2013

Fatih Seferagic : Surah Al Fatihah & Surah Ar Rahman



ALLAHU .....
dibaca dari hati .. yang mendengarnya turut meresap ke hati...
Wahai HAWA , 
peliharalah matamu saat terlihat atau melihat kaum Adam yang elok wajahnya..
risau , andai tersalah niat...Allah...
tajdid niat ye sayang??
jangan nanti , niat sebenar untuk mendengar ...
tp, setelah bukak video tersebut .. mata itu tertumpu kepada raut wajah si pembaca..
jaga iman , jaga hati , dan paling penting ... jaga mata , ye sayang ? :*