Monday 2 June 2014

iktibar pemergian Ahmad Ammar..

Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian . sekiranya Allah redha , sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu , maka itu tidak penting .
- Ahmad Ammar Ahmad Azam -



Ammar ialah suatu iktibar dan isyarat daripada Tuhan bahawa anak-anak muda usahlah mensia-siakan hidup mudanya. Ammar telah banyak mengisi dadanya dengan ilmu dan bukan perkara-perkara yang 'lagha'. Hidupnya cuma 20 tahun tetapi hidupnya telah memberi bekas kepada orang lain, ya, orang lain yang langsung tidak dikenali semasa hayatnya. Setiap orang perlulah mengambil posisi dakwah masing-masing kerana setiap seorang daripada umat Islam itu bertanggungjawab dalam misi dakwah dalam kapasiti yang tersendiri. Jika termampu, ambillah jalan yang pernah dirintis oleh Almarhum Ahmad Ammar. Jika tidak terdaya, lakukan sahaja dengan ikhlas tetapi dengan cara yang terbaik. .

Di sebalik semua manusia sibuk dengan dunia tetapi ada seorang anak muda yang baru berumur 20 tahun yang cintanya pada Allah melebihi cintanya pada dunia yang digelar sebagai "syahid yang tertangguh". Hari ini aku membaca tentang kisah Ammar dan aku sangat terkesan dengan kisah beliau. Walaupun pada usia muda masa hidup beliau tidak dikenali tetapi sesudah wafat namanya dikenali di serata dunia. Ahmad Ammar merupakan contoh terbaik untuk golongan muda contohi. Rindukan syahid. Teringat satu surah Ali-Imran ayat ke 169 yang menjelaskan "Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki."Sungguh mulia Ammar di sisi Allah.
    Kemudian aku terpandang akan diri aku sendiri. Ya Allah jauhnya aku dibandingkan dengan Ammar Ya Allah. Dari segi keripadian sahaja aku sudah jauh terpesong daripada landasan sebenar. Karak-karak jahiliah yang masih menembal dalam diri sahaja tidak mampu dikikis inikan pula hendak berjuang dalam dakwah dan mencegah amar makruh nahi mungkar seperti Ammar. Ammar tidak sesekali leka dengan dunia sebab dia tahu dunia ini sementara dan kepada Allah tempat kembali.
     Allah menegaskan dalam surah Ali-Imran ayat 185:
 "Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
     Allah menegaskan lagi dalam surah An-Nisa ayat 77:
"Kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa (mendapat pahala turut berperang) dan kamu tidak akan dizalimi sedikit 
 pun."
Aku teringin untuk mengikuti jejak langkah Ammar tetapi keperibadian ku perlu diperbaiki dahulu. Hubungan ku dengan Allah perlu aku perbaiki barulah aku mampu menjadi seperti Ammar. Ammar memang daripada keperibadian memang terserlah dan ibu nya sahaja berasa sejuk dengan keperibadian Ammar. 

     Aku berharap akan ada peluang pada diri aku untuk syahid di jalan Allah. Aku akan berubah mulai hari ini. Aku akan lupakan kecintaan aku pada dunia. Sekarang ini aku cuma berharap aku mampu menukar keperibadian ku menjadi keperibadian unggul dan mampu berubah dan kecintaan Ku hanyalah pada Allah dan akan aku penuhi setiap masa ku mengingati Allah. Apa-apa pun pekerjaan yang akan aku lakukan aku niatkan kerana Allah. Aku akan berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu berfikir adakah tindakan yang akan aku buat nanti mengundang murka Allah ataupun rahmat Allah. Aku bersyukur sebab Allah masih sayangkan aku dan masih memberi aku dan meminjamkan aku oksigen tanpa perlu membayarnya untuk bernafas. Allah yang Maha Baik, Maha Kaya, Maha Pengampun dan aku berharap dosa-dosa aku Allah akan ampunkan.. amin ya rabbal alamin....

No comments:

Post a Comment