Saturday 28 December 2013

Bersahabat satu nikmat..

Sahabat Jahiliyyah

Tidak lupa juga dalam jalan tarbiyah ini, akan muncul sahabat jahiliyyah. Ini bukan satu tuduhan. Tapi inilah realiti dan bukanlah dari kalangan orang biasa, tapi di kalangan akhwat sendiri. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, terlalu banyak isu yang akan muncul dalam perbualan mereka. Bukan yang dibualkan itu tentang movie, lagu, lelaki handsome atau macho, tapi berkisar tentang ketidakpuashatian dalam syuro atau liqo. Mereka melakukan syuro di luar syuro atau liqo di luar liqo. Mulalah mengumpat akhwat sana sini. Mempersolkan keputusan yang dirasakan tidak betul solusinya dan pengarahan yang tidak rasional. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, terlalu banyak juga buang masanya. Terlalu banyak keinginan-keinginan yang ingin dilakukan bersama. Seperti pergi ke tempat-tempat yang tidak perlu atau bergayut di telefon terlalu lama sehingga mengabaikan hak-hak akhwat atau mad'u lain yang perlu diberikan hak mereka. Malah yang lebih teruk, hak nya kepada Allah juga diabaikan. Mutabaah amalnya tidak terjaga. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, tidak boleh renggang walau sesaat. Tidak boleh jika akhwat rapat bersama akhwat/orang lain. Dihalangnya. Diugutnya. Dijadikan topik pergaduhan sehingga rajuknya lama. Tak bertegur sapanya lama hanya atas alasan perkara yang remeh temeh. Air matanya banyak berhabis untuk sahabat yang dicintainya.

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, mulalah syaitan menggoda dengan satu titik kelemahan mereka iaitu teringin disayangi dan menyayangi. Teringin dibelai dan bermanja-manja. Sehingga melakukan perbuatan terkutuk sepertimana yang dikatakan Ibn Qayyim dalam buku virus-virus ukhwah iaitu perbuatan kaum nabi Luth. Naudzubillahi minzalik. Sepertimana kata Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid hafizhahullah iaitu:

"Di antara bentuk-bentuk hubungan tersebut adalah hubungan maksiat di mana dua orang itu terikat hubungan maksiat sehingga keduanya menyaksikan hal-hal yang haram, menikmatinya, dan melakukannya secara bersama-sama."

Sahabat imaniyah

Bila kita merasai bersahabat kerana Allah, kita akan mampu membezakan bersahabat kerana Allah atau bersahabat kerana selain Allah seperti untuk memanfaatkan hartanya, kenderaannya, peneman bila berseorangan dan banyak lagi.

Jalan tarbiyah ini telah mengajarkan kita untuk bersahabat kerana Allah. Perkataan seperti "SSAKA", "Uhibbukifillah" dan "Sayang enti" kerap kali diucap di dalam mesej dan perbualan tanda kita memang mencintai akhwat kerana Allah. Saya yakin, sekecil atau sebesar manapun masalah akhwat seperti demam, masalah akademik, masalah mad'u atau parents tetap meraka merasakan merekalah bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Sehingga terpaksa dibincang dalam liqo atau musykilah demi untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Siapa lagi yang akan bersikap concern sebegitu melainkan akhwat kita.. ye, insan yang bergelar akhwat.

Sahabat memang satu nikmat yang indah. Sangat indah. Seperti ungkapan Umar r.a :

"Perjumpaan dengan kawan menghapus duka."

Tapi bila tujuannya untuk jahiliyyah dan berlebih-lebihan, maka, ia menjadi satu kenangan yang paling buruk dalam sejarah hidup. Yang takkan dilupakan. Yang akan menjadi kenangan pahit sampai bila-bila.
Jika kita ini ditanya bersahabat atas dasar apa, maka, semestinya, ada 2 pilihan sahaja yang kita boleh pilih..

Jahiliyyah atau imaniyah.. kerana Allah atau kerana dunia dan nafsu.

Semoga Allah sentiasa menjadi "guard" kita dalam kita bersahabat. Kita bersahabat kerana Allah bukan ber"sama" Allah.
InshaAllah..

#di'copy' dr sini

::Mutiara Harian::


Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

Friday 27 December 2013

Fatih Seferagic : Surah Al Fatihah & Surah Ar Rahman



ALLAHU .....
dibaca dari hati .. yang mendengarnya turut meresap ke hati...
Wahai HAWA , 
peliharalah matamu saat terlihat atau melihat kaum Adam yang elok wajahnya..
risau , andai tersalah niat...Allah...
tajdid niat ye sayang??
jangan nanti , niat sebenar untuk mendengar ...
tp, setelah bukak video tersebut .. mata itu tertumpu kepada raut wajah si pembaca..
jaga iman , jaga hati , dan paling penting ... jaga mata , ye sayang ? :*